Kumpulan A Selangor ATM Sime Darby Johor Kumpulan B Johor DT PKNS T-Team Felda United Kumpulan C Kelantan Pahang Terengganu N.Sembilan Kumpulan D Lions XII Perak Sarawak Kedah
UNDIAN KUMPULAN DAN JADUAL PERLAWANAN: 27 JULAI, LIVE DI ASTRO ARENA, 5.30pm
BALANG A LIONS XII Selangor Johor Darul Takzim FC Kelantan BALANG B Pahang ATM Perak PKNS FC BALANG C Sarawak KL Sime Darby FC Terengganu T-Team FC BALANG D Johor Kedah Felda United Negeri Sembilan
JADUAL
1. Peringkat Kumpulan; Perlawanan 1 - Selasa, 20 Ogos 2013 Perlawanan 2 - Sabtu, 24 Ogos 2013 Perlawanan 3 - Selasa, 27 Ogos 2013 Perlawanan 4 - Sabtu, 31 Ogos 2013 Perlawanan 5 - Selasa, 17 September 2013 Perlawanan 6 - Selasa, 21 September 2013 2. Peringkat Suku Akhir; Perlawanan Suku Akhir 1 - Selasa, 28 September 2013 Perlawanan Suku Akhir 2 - Jumaat, 4 Oktober 2013 3. Peringkat Separuh Akhir; Perlawanan Separuh Akhir 1 - Jumaat, 18 Oktober 2013 Perlawanan Separuh Akhir 2 - Jumaat, 25 Oktober 2013 4. Perlawanan Akhir; Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013 – Ahad, 3 November 2013.
Andai usaha membawa Cesar Ferrando Jiminez menjadi
kenyataan, pastinya gandingannya bersama Fandi Ahmad membimbing Johor
Darul Takzim (DT) mampu mencetus fenomena baru dalam bola sepak negara
sekali gus meletakkan kelab dari selatan tanah air itu antara paling
digeruni dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Bekas penyerang kebangsaan, Rusdee Sulong jelas teruja dengan
perancangan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku
Ismail Sultan Ibrahim membawa bekas pengurus Atletico Madrid dan
Valencia itu membimbing skuad Harimau Selatan bergandingan dengan Fandi
yang memiliki pengalaman luas dalam Liga-M.
“Apa yang dilakukan Presiden PBNJ (Tunku Ismail) membuktikan betapa
baginda mahu mutu bola sepak Johor dan Malaysia dipertingkat. Saya dan
penyokong Johor memang sangat menantikan berita ini dan berharap ia
menjadi kenyataan.
“Saya yakin gandingan Fandi dan Jiminez mampu membentuk
pasukan mantap kerana masing-masing mempunyai pengalaman luas serta
kelebihan tersendiri seterusnya menjadikan Johor DT kuasa baru bola
sepak negara musim depan,” katanya semalam.
Kelmarin Tunku Ismail dalam kenyataan di laman
Facebook Johor Fan Club sedang berunding membawa pengurus berpengalaman
dari Sepanyol yang pernah membimbing pasukan ternama La Liga dan
berusaha mendapatkan khidmat lima pemain baru menyertai Johor DT musim
depan.
Rusdee yang beraksi untuk Johor secara profesional sejak musim
1990 hingga 2000 dan berjaya membantu skuad itu menjulang Piala FA,
yakin kelibat bekas pemain antarabangsa Argentina, Pablo Aimar mampu
menjadi tarikan terbaru dalam Liga-M sekali gus memperkuatkan pasukan. Dia juga menaruh harapan tinggi kelibat tiga anak jati Johor –
Fadhli Shas, Irfan Fazail dan Fandi Othman – yang kini bersama Harimau
Muda akan menyertai Johor DT selepas berakhir Sukan SEA di Myanmar
Disember depan, mengukuhkan lagi jentera tengah dan benteng pertahanan
pasukan.
“Saya difahamkan PBNJ juga mahu memikat pemain tengah Lions XII,
Hariss Harun atau Baihakki Khaizan dan sudah tentu gandingan Hariss,
Irfan dan Aimar akan membentuk jentera tengah yang kuat dan mampu
menghasilkan permainan menghiburkan," kata Rusdee.
Sabtu - 6 Julai 2013 Kelantan vs Lions XII ATM vs Perak JDT vs Selangor Felda United vs N.Sembilan PKNS vs Pahang T-Team vs Terengganu * Semua perlawanan bermula jam 8.45 mlm
Tahniah kepada Lions XII kerana menjadi juara Liga Super Malaysia 2013. Penentuan tempat ke 2 & ke 3 akan ditentukan pada perlawanan terakhir JDT vs Selangor.
Selasa - 2 Julai 2013 Lions XII vs Felda United 7.45 mlm Perak vs Kelantan Pahang vs ATM Terengganu vs PKNS Selangor vs T-Team N.Sembilan vs Johor Darul Takzim * Semua perlawanan bermula jam 8.45 mlm kecuali dinyatakan.
Tahniah kepada pasukan The Red Warrior kerana telah berjaya mempertahankan Piala FA untuk tahun 2013. Kepada Harimau Selatan jangan kecewa cuba lagi tahun hadapan.