Ad


Ads JN

Advertisement

Showing posts with label Malaysia Super League. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Super League. Show all posts

Monday, July 22, 2013

Jiminez, Aimar tarikan baru Johor Darul Takzim



Andai usaha membawa Cesar Ferrando Jiminez menjadi kenyataan, pastinya gandingannya bersama Fandi Ahmad membimbing Johor Darul Takzim (DT) mampu mencetus fenomena baru dalam bola sepak negara sekali gus meletakkan kelab dari selatan tanah air itu antara paling digeruni dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Bekas penyerang kebangsaan, Rusdee Sulong jelas teruja dengan perancangan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membawa bekas pengurus Atletico Madrid dan Valencia itu membimbing skuad Harimau Selatan bergandingan dengan Fandi yang memiliki pengalaman luas dalam Liga-M.



“Apa yang dilakukan Presiden PBNJ (Tunku Ismail) membuktikan betapa baginda mahu mutu bola sepak Johor dan Malaysia dipertingkat. Saya dan penyokong Johor memang sangat menantikan berita ini dan berharap ia menjadi kenyataan.

“Saya yakin gandingan Fandi dan Jiminez mampu membentuk pasukan mantap kerana masing-masing mempunyai pengalaman luas serta kelebihan tersendiri seterusnya menjadikan Johor DT kuasa baru bola sepak negara musim depan,” katanya semalam.


Kelmarin  Tunku Ismail dalam kenyataan di laman Facebook Johor Fan Club sedang berunding membawa pengurus berpengalaman dari Sepanyol yang pernah membimbing pasukan ternama La Liga dan berusaha mendapatkan khidmat lima pemain baru menyertai Johor DT musim depan.


Rusdee yang beraksi untuk Johor secara profesional sejak musim 1990 hingga 2000 dan berjaya membantu skuad itu menjulang Piala FA, yakin kelibat bekas pemain antarabangsa Argentina, Pablo Aimar mampu menjadi tarikan terbaru dalam Liga-M sekali gus memperkuatkan pasukan. 


Dia juga menaruh harapan tinggi kelibat tiga anak jati Johor – Fadhli Shas, Irfan Fazail dan Fandi Othman – yang kini bersama Harimau Muda akan menyertai Johor DT selepas berakhir Sukan SEA di Myanmar Disember depan, mengukuhkan lagi jentera tengah dan benteng pertahanan pasukan.


“Saya difahamkan PBNJ juga mahu memikat pemain tengah Lions XII, Hariss Harun atau Baihakki Khaizan dan sudah tentu gandingan Hariss, Irfan dan Aimar akan membentuk jentera tengah yang kuat dan mampu menghasilkan permainan menghiburkan," kata Rusdee. 



Sumber : Berita Harian



Monday, June 24, 2013

Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia - 25 Jun 2013



Selasa - 25 Jun 2013


Johor Darul Takzim   vs   Felda United

T-Team   vs   N. Sembilan

Perak   vs   Lions XII

Sel PKNS   vs   Selangor

Kelantan   vs   Pahang

ATM   vs   Terengganu


* Semua perlawanan bermula jam 8.45 mlm



Wednesday, June 19, 2013

Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia - Match 19



Jumaat - 21 Jun 2013


Felda United   vs   T-Team      4.45 ptg

Terengganu   vs   Kelantan

Selangor   vs   ATM



Sabtu - 22 Jun 2013


Lion XII   vs   Johor Darul Takzim      7.45 mlm

Pahang   vs   Perak

N. Sembilan   vs   Sel PKNS


* Semua perlawanan bermula jam 8.45 malam kecuali dinyatakan.



Saturday, May 18, 2013

Keputusan liga super Malaysia - 18 Mei 2013




ATM   1 (Hairuddin Omar 15')   N. Sembilan   2  (Fauzi Nan 2', Nazrin Nawi 21')

PKNS   5 (Mohd Fauzan 34', Khairul Azrin 45', Ronaldinho 49', Chmelo 59', Nizad Ayub 89')    Felda United   0

Kelantan   1 (Zairul 66')   Selangor   1 (Adam Griffith 55')