Ad


Ads JN

Advertisement

Wednesday, May 15, 2013

Keputusan AFC Cup 2013



14 Mei 2013


Kelantan   0   Kitchee SC (Hong Kong)   2 (Leck Kcira o.g 15', Jordi Tarres 45')



Kelantan gagal ke suku akhir Piala AFC selepas tumpas 0-2 kepada kelab Hong Kong, Kitchee Sport Club (SC) dalam aksi pusingan kedua di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.

Beraksi di tempat sendiri tidak memberi kelebihan buat tuan rumah apabila pelawat melakukan asakan awal dan meraih percubaan menarik menerusi ketua pasukan, Chui Siu Kei pada minit keempat namun dinafikan Khairul Fahmi Che Mat.Tersentak dengan asakan pelawat, Kelantan pantas mengatur gerak dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-12, bagaimanapun rembatan Dimitrios Petratos sekadar menggegar bahagian tepi jaring gol Kicthee SC.

Tiga minit kemudian, tuan rumah dikejutkan dengan gol pembukaan pelawat selepas pertahan The Red Warriors, Lek Kcira tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba menghalang rembatan pemain Kicthee SC, Pablo Gonzalez Counago.

Pelawat terus bersemangat dan hampir menggandakan jaringan pada minit ke-20, namun rembatan pemain pertahanan Cheung Kin Fung ditepis Khairul Fahmi. Kelantan terus diasak hebat oleh pelawat menerusi serangan bertali arus sehingga memaksa barisan pertahanan tuan rumah yang diketuai oleh Obinna Nwaneri bekerja keras untuk mengelak gawang daripada dibolosi.

Peledak berbisa Kitchee SC, Josep menambah derita tuan rumah dengan menjaringkan gol kedua pasukannya pada masa tambahan babak pertama.

Bersambung babak kedua, tuan rumah yang terdesak memburu jaringan, membuat pertukaran dengan membawa masuk penggempur berbisa, Dickson Nwakaeme bagi menggantikan Mohd. Faiz Subri.
Percaturan Bojan Hodak membawa masuk pemain berkenaan membuahkan hasil apabila barisan serangan Kelantan berjaya mencipta gerak menarik di depan gawang lawan.

Pada minit ke-63, Kelantan berjaya meletakkan bola ke dalam gawang lawan menerusi Mohd Nor Farhan Mohamad, bagaimanapun jaringan tersebut dibatalkan oleh pengadil dari Korea, Lee Min Hu selepas Nor Farhan dikesan berada dalam kedudukan ofsaid oleh penjaga garisan.Tuan rumah terus kempunan untuk merapatkan kedudukan apabila gol Nwakaeme kemudiannya dibatalkan Min Hu, selepas penyerang Kelantan itu berada dalam kedudukan ofsaid.


Source - Utusan

No comments: