Let's kick-off now, Share your experience, Support your team and update your team now.
Saturday, May 18, 2013
Piala Raja Sepanyol - Final
Real Madrid 1 Atletico Madrid 2
Jaringan Miranda pada masa tambahan membantu Atletico Madrid menjulang Piala Raja Sepanyol menewaskan Real Madrid 2-1 dalam perlawanan akhir penuh tegang yang turut menyaksikan Cristiano Ronaldo dan pengurus, Jose Mourinho diperintah keluar padang.
Ronaldo meletakkan Real di depan pada minit ke-14, namun kedudukan itu tidak lama apabila Diego Costa menyamakan kedudukan minit ke-35. Real turut terlepas beberapa peluang apabila tiga kali bola mengenai palang gol pasukan lawan.
Atletico akhirnya mengesahkan kemenangan menewaskan Real apabila pemain pertahanan dari Brazil, Miranda menanduk bola hantaran Jorge, lapan minit dalam masa tambahan untuk menggegarkan gawang lawan. Kejayaan Atletico menjulang Piala Raja Sepanyol itu merupakan yang ke-10 buat kelab itu dan yang pertama sejak 1996.
Sementara itu, perlawanan awal pagi itu turut menyaksikan Mourinho diperintah keluar dari bangku simpanan pemain pada minit ke-76 kerana membantah keputusan pengadil perlawanan.
Ronaldo pula menerima kad merah selepas menendang kapten pasukan Atletico, Gabi Fernandez pada masa tambahan.
Sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment